Jumat, 27 Januari 2012

Al-Fath

“Sesungguhnya kami telah memberikan kamu kemenangan yang nyata. Supaya Allah mengampuni dosa-dosa kamu yang terdahulu dan yang kemudian dan mencukupkan nikmatnya ke atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus dan Allah membantu kamu dengan bantuan yang kuat”( QS. Al-Fath:/1-4)

Semua ahli tafsir mengatakan bahawa surah ini adalah tentang pembukaan kota Mekkah. Ayat ini menunjukan bahawa pembukaan kota Mekkah berhubung dengan pengampunan dosa Rasul. Dalam memahami hubungan antara keduanya banyak tafsiran yang dibuat oleh Ahli mufasir tentang makna dosa Rasul yang terdahulu dan yang lepas. Malang sekali kebanyakan mereka mengikat dan meyempitkan kefahaman mereka tentang makna dosa dan pengampunan kepada makna yang mahsyur dikalangan fuqaha. Dosa adalah menentang arahan Allah dan pengampunan adalah terlepas dari balasan akibat penentangan terhadap arahan. Dan ada juga mengatakan bahawa dosa Rasul di sini adalah kerena meninggalkan yang lebih penting.

Sedangkan dosa (zamb) dan pengampunan (maqfira) memiliki makna yang lebih luas dari itu, iaitu zamb adalah sesuatu yang disusuli darinya keburukan dan hilang darinya kebaikan. Manakala pengampunan adalah penutupan atas sesuatu. Perjuangan Rasul dengan dakwah dan gerakannya atas golongan kafir dan musyrik baik sebelum dan selepas hijrah dengan berbagai bentuk peperangan dan kehilangan jiwa merupakan sesutu yang buruk terhadap mereka. Mereka tidak mengampunkan Rasul atas kesangsaraan mereka dan mereka tidak akan lupa akan kehancuran bangsa, adat tradisi mereka dan mereka juga mereka juga berusaha untuk membalas kematian pahlawan dan pembesar mereka yang mati ketika menentang Rasul, dan mereka simapan perasaan benci terhadap Rasul.

Pada mereka Rasul itu berdosa ke atas mereka kerana mengakibatkan kehancuran dan keburukan terhadap mereka. Cuma Allah telah megurniakan pembebasan kota Mekkah yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk melakukan sesuatu terhadap Rasul.

Jadi yang dimaksudkan di sini dari dosa adalah dakwah dan gerakan Rasul yang natijahnya adalah keburukan terhadap orang kafir dan musyrik. Ia adalah dosa Rasul terhadap mereka. Ini juga seperti kata Nabi Musa dalam surah syuara ayat 14 “AKU BERDOSA DI SISI MEREKA” Dan yang dimaksudkan dengan pengampunan adalah Allah menutup usaha mereka untuk melakukan ssesuatu ke atas Rasul. Apa yang terdahulu ertinya sebelum hijrah dan apa yang terkemudian adalah selepas hijrah.

Natijah dari perbahasan ayat ini adalah yang dimaksudkan dengan dosa Rasul bukan apa yang di fahami dari erti fuqaha dan perbahasan ini penting untuk membahas surah at Taubah ayat 43.

Di sini kami juga ingin menyatakan sekali tentang akidah mazhab Ahlu Bait tentang arti maksoom. Sememangnya semua mazhab Islam atau yang tidak bermazhab mengatakan semua Nabi itu maksoom, tetapi dalam mendifinasikan erti maksoom terjadi perbedaan pendapat.

Kami pengikut Ahlu Bait melihat maksoomnya para Nabi dari sudut ilmu bukan dari sudut amal. Maksud sudut ilmu adalah nabi memiliki ilmu untuk menahannya dari melakukan kesalahan maupun kesilapan dan dengannya mereka tidak mungkin melakukan kesalahan atau dengan bahasa yang lebih jelas mustahil mereka melakukan kesalahan dan kesilapan. Untuk lebih jelas lagi silakan saudara junus merujuk ke halaman web almawaddah bahagian perbahasan ilmiah, perbahasan hidayah dalam al quran bab maksoom.

Maksud maksoom dari sudut amal atau perbuatan adalah perbuatan mereka di kawal oleh Allah dan mereka boleh melakukan kesalahan atau kesilapan atau lupa dan Allah akan menegurnya sebagimana yang dinyatakan oleh saudara junus dan meyoritas ahlu sunnah. Sudah tentu kami menolak hal ini kerana ia akan mengakibatkan hal-hal berikut.

Tidak akan terhasil keyakinan terhadap apa yang disampaikan olehnya. Ini kerana ia berkemungkinan berbohong baik sacara sengaja maupun tidak. Ia juga mungkin sahaja terlupa meyampaikan apa yang diperintahkan oleh Allah. Kemungkinan demi kemungkinan
bisa terjadi jika ia tidak maksoom mutlak dan bagaimana bisa dipercayai seruannya. Ini bisa diatasi jika ia maksoom mutlak.

Jika ia pernah melakukan kesalahan, siapa yang menjamin ia tidak melakukan kesalahan lagi dan ini akan menjatuhkan imejnya dikalangan pengikutnya. Ini tidak bakal terjadi jika ia maksoom mutlak.

Jika ia melakukan kesalahan bererti ia lebih buruk dari orang awam walau ia sekadar kesalahan kecil. ini sebagaimana firman Allah kepada isteri-isteri Rasul. 33/31-32

Ini bertentangan dengan firman Allah “Apakah kamu menyuruh orang-orang melakukan kebaikan tetapi kamu melupakan diri kamu sendiri” (QS. Al-Baqarah:33)

“Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu mengucapkan apa yang kamu tidak perbuat, sangat dibenci di sisi Allah bahawa disi Allah bahawa kamu mengucapkan apa yang tiada kamu perbuat, sangat dibenci Allah bahawa kamu mengucapkan apa yang kamu tidak lakukan” (QS. 61:2-3)

Bagaimana mungkin Allah mewajibkan kita mengikuti orang yang bisa melakukan kesalahan, kerana menyuruh mengikuti orang yang salah juga salah dan tidak mungkin Allah bisa salah, bererti Allah tidak akan menyuruh orang mengikuti orang yang bisa salah kerana
hal ini adalah salah.

Dalil yang sering digunakan oleh mereka yang membenarkan kesalahan terbit dari Rasul adalah dengan mengatakan bahwa Rasul adalah manusia seperti kita dan manusia sinonim dengan kesalahan, maka Rasul sinonim melakukan kesalahan. wajah qias yang benar tapi kadungannya adalah salah ini seperti Nabi Isa adalah manusia lampau setiap manusia yang lampau telah mati maka nabi isa juga telah mati.bentuk qias yang benar tapi kandugannya fasid. kesalahan ini timbul dalam memahami ayat “ANA BASYARUN MISLIKUM” “AKU MANUSIA SEPERTI KAMU” membuat mereka mengatakan bahwa manusia biasa buat salah maka rasul juga sedemikian. Mereka gagal memahami pengunaan kata basyar dalam Al-Quran, kerena kata basyar digunakan untuk makna biologis manusia bukan makna yang digunakan tentang masalah maknawi itu bisa melakukan kesalahan, kerana kata yang digunakan dalam kontek ini adalah insan bukan basyar. jika Al Quran mengatakan aku manusia (basyar) seperti kamu, adalah menujukan bahawa Rasul juga perlu hal2 yang bersifat biologis sebagaimana manusia yang lain seperti makan dan minum. 

0 comments:

Posting Komentar