Jumat, 03 Februari 2012

Adab Berjimak

Diantara adab berjimak adalah:

i. Dalam melakukan persetubuhan dengan isteri bukanlah semata-mata hanya memenuhi keinginan nafsu birahi belaka. Niat dalam

hati adalah untuk memenuhi kewajipan dari Allah dan sunnah Rasulullah.

ii. Sebelum bersetubuh hendaklah membaca doa.

iii. Waktu melakukan persetubuhan dengan isteri dilakukan dengan hati yang gembira serta menjauhkan perasaan susah. Tidak

dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu kenyang sebab akan mengurangi kenikmatan.

iv. Dianjurkan kepada suami dan isteri memakai pakaian yang bersih dan memakai harum-haruman.

v. Suami tetap berusaha agar kedua belah pihak mencapai kepuasan secara bersama.

vi. Islam juga menganjurkan agar berwuduk sebelum dan sesudah melakukan jimak serta mengulangi wuduk kembali jika ingin

melakukan persetubuhan yang kedua. Dengan berwuduk kesegaran badan kembali pulih.

vii. Tidak mendatangi istri melalui dubur, karena hal ini adalah Haram hukumnya dan terlaknat, serta menyerupai binatang.

Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya melalui lubang duburnya. Bila terjadi isteri harus

berusaha menolaknya sekalipun dia diancam oleh suami dengan berbagai siksaan. Kerana perbuatan yang demikian adalah perbuatan

yang sangat terkutuk di sisi Allah. Orang yang berbuat demikian adalah orang yang buruk moralnya dan merendahkan derajat

kemanusiaan. Termasuk golongan orang yang zalim serta bersifat seperti binatang. Rasulullah SAW bersabda:

“Terkutuk, terlaknatlah siapa yang mendatangi isterinya dari lubang duburnya” (HR. Ibnu Adi, Abu Dawud dan Ahmad)

viii. Setelah bersetubuh suami dan isteri hendaklah mencuci kemaluannya atau berwuduk sebelum tidur.

ix. Ketika bersetubuh tutuplah dengan selimut agar tidak menyerupai perangai binatang dan menjaga aib keluarga. Demikianlah

di antara adab berjimak, masih banyak lagi ketentuan dan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang dapat kita baca

melalui buku-buku atau kitab-kitab.

Mengenai cara berjimak kembali kepada kita masing-masing untuk melakukannya asalkan perlu di jaga adab-adab berjimak seperti

tidak melalui dubur serta menutup tubuh dengan selimut serta menjaga adab-adab yang lain agar hubungan suami isteri lebih

harmonis. Tentang melalui depan atau belakang tidak ada masalah bahkan dalam ayat Al Quran secara jelas menerangkan:

“Isteri-isterimu adalah seperti kebun tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercocok tanam itu

bagaimana saja yang kamu kehendaki” (Al-Baqarah: 223)

Walaupun wanita itu halal bagi lelaki dengan melalui pernikahan, akan tetapi bukanlah bererti suami boleh berbuat sekehendak

hatinya terhadap isterinya. Kesopanan, kehalusan budi dan menjalankan kewajipan-kewajipan sangatlah dituntut. Di dalam

berjimak ada beberapa larangan yang telah ditentukan oleh syarak dan mendapat hukuman tercela bagi yang melakukannya.

1. Islam melarang bagi pasangan suami isteri membuka rahasia atau menceritakan hubungan seks mereka kepada orang lain. Dalam

sebuah hadits diterangkan bagi lelaki yang menceritakan adegan jimak mereka kepada orang lain tergolong seburuk-buruk manusia

di sisi Allah.

2. Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya melalui lubang duburnya. Dalam sebuah hadits

diterangkan “terkutuk dan terlaknat siapa yang mendatangi isterinya dari lubang duburnya”.

3. Islam melarang bersetubuh dengan isteri yang dalam keadaan haid dan nifas.

Bila dalam berjimak sang istri termakan sperma, dalam hal ini Sebagian ulama mengatakan hukum termakan sperma itu makruh,

karena sperma bukan najis.[darulnuman.com]

0 comments:

Posting Komentar